RAMALLAH, 10 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin dari beberapa wilayah di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Di Ramallah, tentera menyerbu masuk kem pelarian al-Am’ari dan menculik tiga penduduk iaitu Mohamed al-Mahseiri, Jihad Abu Hamid, dan Deib al-Tarmasani.

Seorang remaja perempuan, Hiba Mohammad Abu Jaja, yang berasal dari Beit Lahm turut diculik dari kota Ramallah.

Empat orang adik-beradik Jihad Abu Hamid sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup, iaitu Nasser, Nasr, Sharif dan Mohammad. Tentera Zionis meletupkan pintu rumah beliau sebelum menyerang ahli keluarga dan mengikat mereka ketika menggeledah.

Manakala di selatan wilayah Jenin, pemuda Yazid Mgheir, 27, diculik dari rumah keluarganya di bandar Arraba. Tentera turut memasang beberapa sekatan jalan di bandar tersebut.

Tentera Zionis turut menceroboh masuk kota Jericho dan kem pelarian Akabat Jaber di utara Lembah Jordan kemudian menculik dua beradik, Ahmed Barahma, 26 dan Mohamed, 16.

(IMEMC, PIC)

SHARE