15 penduduk Tebing Barat diculik

RAMALLAH, 23 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak dan seorang wanita, di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Di selatan Tebing Barat, tentera Zionis menculik Muhammad Khalid Sabarneh dari al-Khalil. Sementara di Beit Lahm, tiga orang diculik iaitu Mahmoud Salah Hamash, 17 dan isteri kepada tahanan Abdullah Ubayyat iaitu Islam Awayda, 25, dan adik beliau Hussein Ubayyat, 17.

Manakala di tengah Tebing Barat, empat penduduk diculik dari Ramallah iaitu Fawzi Maher Mousa Zahran, 19, Faraj Abed al-Qader al-Barghouthi, 22, Mustafa Riad Taha, 17, dan Luay Ali al-Naasan.

Di utara Tebing Barat pula, tiga orang diculik dari Qalqiliya iaitu Sajed Jabril, 14, Ahmad Salah al-Qaddumi, 15, dan abangnya Izz al-Din al-Qaddumi, 18. Tiga yang lain di culik dari Jenin, iaitu Ahmad Nazzal, Said al-Natour, Baraa Abu Naaseh

Buat tiga minggu berturut-turut, tentera Zionis menjalankan operasi khas bagi memburu Ashraf Na’alweh di Tulkarem, yang dituduh menikam tiga orang pendatang Yahudi pada awal bulan ini.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 5,640 penduduk Palestin dikurung dalam penajra Zionis termasuk 53 wanita dan 270 kanak-kanak. Seramai 50 tahanan kanak-kanak berumur di bawah 16 tahun.

Berikut adalah senarai mangsa:

  1. Fawzi Maher Zahran, 19, Deir Abu Mashal – Ramallah.
  2. Faraj Abdul-Qader Barghouthi, 22, Deir Abu Mashal – Ramallah.
  3. Mustafa Riyad Taha, 17, Deir Abu Mashal – Ramallah.
  4. Luay Ali Na’san, al-Mughayyir – Ramallah.
  5. Ahmad Na’san, Qabatia – Jenin.
  6. Sa’id Natour, kem pelarian Jenin – Jenin.
  7. Bara’ Abu Na’sa, kem pelarian Jenin – Jenin.
  8. Sajed Jibreel, 14, Qalqilia.
  9. Ahmad Salah Qaddoumi, 15, Qalqilia.
  10. Ezzeddin Salah Qaddoumi, 18, Qalqilia.
  11. Mahmoud Salah Hammash, 17, kem pelarian Deheishe – Beit Lahm.
  12. Islam Oweida, 25, Beit Lahm.
  13. Hussein Obeyyat, 17, Beit Lahm.
  14. Mohammad Taha Sabarna, al-Khalil.
  15. Jihad Jawad Abu Rammouz, 15, Silwan – Baitulmaqdis.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts