AL-QUDS, 9 Okt 2017 — Seramai 158 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dalam tiga gerombolan berlainan pagi tadi, untuk melalukan ritual tradisi Talmud khususnya di kawasan Pintu al-Rahmah.

Buat pertama kali, mereka melakukan upacara menyiram air di atas tapak suci umat Islam itu bagi menyambut perayaan Sukkot. Sebelum ini, upacara tersebut dilakukan di kawasan taman berdekatan Tembok Barat.

SHARE