16 penduduk Palestin diculik

BEIT LAHM, 11 Apr 2018 — Sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin diculik oleh tentera Zionis dalam operasi di seluruh Tebing Barat awal pagi tadi.

Kenyataan tentera Zionis mengesahkan 16 orang telah ditangkap, namun tidak menjelaskan lokasi pusat-pusat tahanan mangsa.

Dalam kejadian di Nablus, dua penduduk Palestin iaitu Luay Hassan Hamad dan Maaruf Bassel Hindi diculik dari perkampungan Tell.

Dua lagi mangsa diculik dari perkampungan Azzun di kawasan Qalqilya, iaitu Yassin Rajeh Shbeita dan Bassam Nabil Hussein.

Enam yang lain diculik dari wilayah al-Khalil di selatan Tebing Barat, termasuk pasangan suami-isteri Hajj Elayyan Muhammad Khalil dan Umm Muhammad dari bandar Bani Naim.

Sehingga bulan Mac lalu, seramai 6,050 penduduk Palestin dikurung dalam penjara-penjara Zionis.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts