16 termasuk 7 kanak-kanak ditangkap di Tebing Barat dan al-Quds

BEIT LAHM, 30 Nov 2016 (Maan) — Tentera Zionis menangkap sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin, termasuk tujuh kanak-kanak, dalam operasi sepanjang malam tadi di wilayah Tebing Barat dan al-Quds Timur.

Di Ramallah, lima orang termasuk tiga kanak-kanak 12 tahun ditangkap dari bandar Deir Nitham dan dua lagi pemuda ditangkap di sekatan tentera Attara.

Dua lelaki ditangkap di wilayah Tulkarem. Manakala di al-Khalil, empat kanak-kanak ditangkap dari kem al-Arrub dan dua dari Kota al-Khalil.

Tentera turut menangkap Munther al-Fakhouri setelah memecah masuk dan menggeledah rumah beliau di Jabal Jawhar di al-Khalil, atas tuduhan memilik sepucuk senjata.

Seorang kanak-kanak berumur 14 tahun turut ditangkap di kota al-Quds.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts