17 pelajar tercedera akibat sekolah runtuh di Bailtumaqdis

unrwa-schoolBaitulmaqdis, 1 Februari 2009 – United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) melaporkan sekurang-kurangnya 12 pelajar di sekolah perempuan UNRWA tercedera apabila bilik darjah mereka runtuh akibat kegiatan menggali yang dilakukan oleh pihak Israel di bawah masjid al-Aqsa, di kawasan timur Bailtumaqdis yang diduduki Yahudi.

Jurucakap UNRWA di Bailtumaqdis, Sami Mshasha, menyatakan bahawa salah satu daripada bilik darjah di Sekolah Rendah Perempuan Silwan yang dimiliki oleh UNRWA runtuh kerana kerja-kerja menggali oleh pihak Israel di Bailtumaqdis.

Beliau mengesahkan tapak sekolah berkenaan runtuh kerana satu terowong telah digali di bawahnya.

Laporan perubatan menyatakan semua pelajar yang dikejarkan ke hospital hanya mengalami kecederaan ringan.

Pihak Israel, terutamanya dari kalangan pelampau Yahudi, sejak bertahun-tahun melakukan kegiatan menggali terowong di bawah masjid al-Aqsa. Terowong pertama telah dibina pada tahun 1996.

Tentera penceroboh Yahudi menggali terowong-terowong di bawah masjid al-Aqsa bagi mencari apa yang mereka dakwa sebagai tapak rumah ibadat Nabi Sulaiman yang telah dimusnahkan oleh tentera Babylon pada tahun 586 SM. Mereka merancang untuk membina semula rumah ibadat tersebut. Tetapi sehingga kini tidak ada sebarang penemuan yang dapat menyokong dakwaan mereka, walaupun kegiatan mereka itu kini semakin melemahkan tapak masjid al-Aqsa.

Antara yang terbaru, pihak yang bertanggunjawab dalam bahan-bahan sejarah Israel telah membina terowong melintasi rumah-rumah warga Palestin untuk menghubungkan tembok Buraq dengan kawasan yang dikuasai mereka yang dinamakan “Ohal Ishak” (tenda Ishak) yang jaraknya hanya 150 meter dari pagar-pagar masjid al-Aqsa. Mereka tidak pernah memohon sebarang persetujuan dari pemilik rumah yang terlibat di sepanjang terowong tersebut, walaupun undang-undang memberi hak pemilikan terhadap apa yang ada di bawah rumah mereka. [Ramattan/HP]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts