17 penduduk Palestin termasuk siswi ditangkap

RAMALLAH, 6 Mac 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap 17 penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Dalam kejadian di barat Jenin, tentera menangkap siswi Fatimah Jarrar, 20, dari rumah keluarganya di Silat al-Harithiya. Seluruh keluarga beliau ditahan selama lebih dua jam, sementara tentera memeriksa Fatimah dan kemudian menangkap beliau.

Beberapa orang ahli keluarga beliau telah ditangkap susulan serangan yang dilakukan oleh Ahmed Nasser Jarrar sehingga membunuh Rabai Raziel Shevach pada bulan Januari lalu.

Peronda tentera turut menyerbu bandar al-Sila al-Harithiya di barat Jenin dan menculik bekas tahanan Ibrahim al-Shalaby selepas menggeledah rumah beliau.

Sementara itu remaja Ahmed al-Jamal diculik ketika melintasi sekatan tentera Hawara di selatan Nablus.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts