19 kanak-kanak Palestin dikenakan tahanan pentadbiran tanpa pengadilan

RAMALLAH, 20 Okt 2016 (PIC) — Kenyataan Defence Children International Palestine (DCIP)

hari ini mendedahkan bahawa pihak Zionis mengenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan ke atas 19 kanak-kanak Palestin sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015.

Enam daripada mereka ditahan berkaitan tulisan di laman Facebook. Seramai 11 orang telah dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan setelah merengkok dalam penjara antara tiga dan lapan bulan. Manakala dua orang dijatuhkan bersalah dan dipenjara selama tiga bulan.

Menurut DCIP lagi, rejim Zionis menjatuhkan hukuman secara sistematik ke atas 500 hingga 700 kanak-kanak Palestin melalui mahkamah tentera setiap tahun.

Menurut ketetapan Konvensyen PBB bagi Hak Kanak-Kanak (CRC)

1991, mereka yang berumur di bawah 18 tahun adalah dianggap sebagai kanak-kanak.

Seramai 2,155 orang kanak-kanak Palestin ditangkap sejak tercetusnya Intifadah al-Quds.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts