LONDON, 19 Julai 2018 — Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin (AGPS) di Syria hari ini melaporkan bahawa rejim Bashar Asad di Syria telah mendera dua beradik pelarian Palestin dari kem pelarian al-Hajar al-Aswad sehingga mati.

Ismail dan Ziyad Adel Yusuf masing-masing ditangkap pada tahun 2013 dan 2014. Rejim Syria baru-baru ini memulangkan pakaian dan dokumen pengenalan mangsa kepada keluarga mereka.

Menurut AGSP lagi, sehingga 34 pelarian Palestin dari kem-kem pelarian di Homs, Hama dan Damaskus telah didera sehingga mati dalam penjara rejim Syria. Dalam pada itu, seramai 311 pelarian Palestin dilaporkan hilang sejak bermulanya konflik di Syria.

(MEMO)

SHARE