2 kanak-kanak terbunuh, 25 cedera dalam serangan ke atas Gaza

GAZA, 15 Julai 2018 — Dua orang kanak-kanak terbunuh dan 25 lagi penduduk tercedera dalam serangan udara tentera Zionis ke atas sebuah bangunan di Kutaibah dan sebuah taman permainan di Kota Gaza malam tadi, susulan rangkaian lebih 80 serangan sejak pagi Sabtu yang telah mencederakan tiga orang penduduk.

Mangsa-mangsa dikenali sebagai Amir al-Namra, 15, dan Louay Kahil, 16.

Selain mencederakan 25 yang lain, serangan tersebut juga menyebabkan sebuah ambulan musnah, sembilan buah ambulan dan beberapa kenderaan lain rosak, bangunan rosak teruk, serta masjid Kutaibah musnah.

Sebanyak lapan tembakan roket disasarkan ke bangunan Kutaibah, iaitu bangunan masih masih tidak berpenghuni tetapi dikelilingi padat oleh kampus Universiti al-Azhar, Universiti Islam Gaza, bangunan-bangunan kementerian dan juga taman permainan kanak-kanak.

Kejadian kali ini merupakan serangan paling besar sejak tahun 2014.

Serangan tersebut dibalas dengan tembakan roket oleh kumpulan-kumpulan pejuang Palestin, yang menyasarkan pos-pos tentera Zionis serta penempatan-penempatan haram Yahudi berdekatan kawasan sempadan. Seramai empat pendatang Yahudi dilaporkan cedera di Sderot.

(Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts