2 pendatang Yahudi mati ditembak, 1 cedera parah

SALFIT, 7 Oktober 2018 — Dua pendatang Yahudi mati dan seorang lagi cedera parah ditembak di zon industri Barkan berdekatan kawasan penempatan haram Ariel di kota Salfit, utara Tebing Barat, pagi tadi.

Ketika kejadian, sekumpulan pekerja Yahudi dari kilang Barkan ditembak menyebabkan tiga orang cedera parah. Dua daripadanya mati di lokasi, iaitu Kim Levengrond Yehezkel, 28, dari Rosh HaAyin, dan Ziv Hagbi, 35, dari Rishon LeZion. Manakala seorang lagi mangsa, wanita berumur 54 tahun, dikejarkan ke Hospital Beilinson.

Tentera Zionis bersama pasukan keselamatan Shabak kini memburu suspek, yang dikatakan sebagai pemuda Palestin Ashraf Waleed Suleiman Na’alwa, 23, dari perkampungan Shweika berdekatan Tulkarem.

Ashraf bekerja di zon industri tersebut sejak tujuh bulan lalu, di mana permit kerjanya akan tamat bulan depan. Hampir 5,000 penduduk Palestin bekerja di Barkan.

Tentera Zionis menyerbu perkampungan Shweika dan memecah masuh serta menggeledah rumah keluarga Ashraf. Semua ahli keluarganya diinterogasi, sementara pihak tentera mengambil ukuran untuk meroboh rumah mereka.

(PIC, Maan, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts