BEIT LAHM, 4 Okt 2016 (Maan) — Dua relawan bantuan kemanusiaan terbunuh dalam serangan bom kluster tentera udara Rusia ke atas kem pelarian Palestin di Khan al-Shih, Syria.

Mohammad Abo Sitteh, 32, dan Abdullah Issa, 22, adalah relawan Jafra Foundation yang membantu lebih 12,000 pelarian Palestin dan sekitar 800 penduduk asal Syria yang masih bertahan di kem tersebut.

Lebih 50 serangan bom barel dilancarkan ke kem Khan al-Shih dan kawasan sekitarnya dari petang Ahad hingga Selasa.

Khan al-Shih pernah dihuni oleh 30,000 orang. Kini hanya 50% daripada mereka masih bertahan di situ.

SHARE