GAZA, 11 Jan 2018 — Dua remaja Palestin meninggal dunia ditembak oleh tentera Zionis di kem pelaria al-Buraij di tengah Gaza dan juga bandar Iraq Bourin di kota Nablus petang tadi.

Seorang pemuda terbunuh dan tiga yang lain cedera, termasuk seorang yang cedera parah ditembak di bahagian perut, dalam pertempuran dengan tentera Zionis di timur kem pelarian al-Buraij. Mangsa dikenali sebagai Amir Abdul-Hamid Abu Mosa’ed, 16. Beliau ditembak di bahagian dada.

Manakala di Nablus, remaja Ali Omar Nimir Qeino, 17, ditembak oleh tentera Zionis dan pendatang Yahudi di bahagian kepala dalam pertempuran di laluan masuk bandar Iraq Bourin. Beliau dikejarkan ke Hospital Pakar Nablus, tetapi meninggal dunia akibat cedera parah.

(IMEMC, PIC)

SHARE