200 jenis bahan mentah dilarang masuk ke Gaza

GAZA, 6 Nov 2018 — Ahli Parlimen Palestin yang juga pemimpin kempen menghentikan sekatan ke atas Gaza, Jamal al-Khudari, semalam memaklumkan bahawa rejim Zionis menghalang sekitar 200 jenis bahan mentah dibawa masuk ke Gaza.

Bahan-bahan industri dan komersial tersebut merupakan asas penting untuk memulihkan ekonomi Gaza yang lumpuh akibat sekatan rejim sejak 12 tahun lalu.

Sekatan rejim Zionis menyebabkan kadar kemisikinan dan pengangguran meningkat mendadak, di mana 85% daripada kilang di Gaza terpaksa ditutup. Kerugian industri dan komersial setakat ini dianggarkan sebanyak $US50 juta.

Menurut Jamal, sebarang usaha untuk memulih keadaan di Gaza mestilah melibatkan pembukaan sepenuhnya pintu-pintu sempadan, serta kebebasan impot dan ekspot barangan tanpa sekatan. Gaza memerlukan sekurang-kurangnya $US25 juta setiap bulan bagi memulakan projek-projek kecemasan dalam fasa pertama pemulihan ekonomi, untuk menyediakan pekerjaan kepada sekitar 50,000 penduduknya.

Antara barang yang dilarang dibawa masuk ke Gaza adalah simen, besi, bekas plastik, mesin jahit, shampu, kasut dan juga makanan harian seperti cuka, coklat, serta haiwan ternakan termasuk biri-biri, kuda dan keldai.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts