RAMALLAH, 7 Dis 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 21 penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak 12 tahun dalam operasi serbuan sepanjang malam tadi.
Lima orang, termasuk Muhammad Sabbah, 12, ditangkap dari wilayah Beit Lahm di Tebing Barat. Empat yang lain ditangkap di wilayah al-Khalil, termasuk seorang bekas tanahan dan seorang pegawai polis Palestin bersama anaknya.
Dua pemuda dari al-Quds turut ditangkap.
Dokumentasi PBB menunjukkan bahawa tentera Zionis telah membuat sebanyak 252 serbuan atau serangan untuk menangkap penduduk Palestin dalam tempoh dari 15 hingga 28 November lalu.