23 tahanan Palestin menderita sakit barah dalam penjara Zionis

GAZA, 16 Jan 2019 — Pusat Kajian Tahanan Palestin hari ini mengesahkan seramai 23 tahanan menderita berbagai jenis penyakit barah dan dibiarkan tanpa rawatan dalam penjara Zionis.

Kebanyakan mangsa berada di tahap serius dan tidak mendapat rawatan yang diperlukan, sepertimana yang berlaku ke atas Sami Abu Diyak, 36, yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Pemuda dari Jenin itu menghidap barah usus, dan keadaan beliau semakin buruk sehingga mengancam nyawa.

Doktor di penjara Ramla kini menghentikan rawatan kemoterapi untuk Sami, atas alasan beliau tidak lagi bertindak balas ke atas rawatan. Komplikasi usus beliau berlaku selepas menjalani satu operasi pembedahan yang tidak berjaya.

Beberapa orang lagi tahanan Palestin yang menderita sakit barah termasuklah Yasser Rabai’ah, yang berhadapan dengan sakit barah usus, dan Bassam as-Sayeh yang menderita barah tulang dan darah. Manakala tahanan Mutasem Raddad juga menghidap masalah barah yang menyebabkan komplikasi lain seperti masalah jantung, radang usus dan anemia.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts