GAZA, 30 Julai 2018 — Sekurang-kurangnya tiga orang cedera apabila tentera penjajah Zionis melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang menyertai pehimpunan aman Great Return March (GRM) di sempadan Gaza semalam.

Sejak dilancarkan pada 30 Mac lalu, sekurang-kurangnya 152 penduduk Palestin telah terbunuh dan 16,000 yang lain tercedera diserang oleh tentera Zionis.

Perhimpunan GRM mendesak hak mereka kembali ke tanah air yang ditinggalkan apabila lebih 750,000 penduduk Palestin dihalau keluar pada tahun 1948, untuk memberi laluan kepada penubuhan negara haram Zionis.

Penduduk Palestin mengadakan perhimpunan aman besar-besaran setiap hari Jumaat di lima buah kem di sepanjang kawasan sempadan di timur Gaza.

SHARE