BAITULMAQDIS, 2 Okt 2018 — Polis Zionis mengharamkan tiga lagi pemuda Baitulmaqdis daripada memasuki Kota Lama Baitulamqdis dan juga tapak suci Masjid al-Aqsa sehingga dua bulan.

Semalam, pasukan polis Zionis menyerang sekumpulan pemuda Palestin di kawasan Bab al-Amud berdekatan Masjid al-Aqsa. Pemuda-pemuda terbabit dipukul dan diserang dengan semburan lada pemedih mata, sebelum polis menangkap pemuda Abed Barbar dan Mustafa al-Hashlamon.

Hari ini, polis Zionis membebaskan mereka dengan ikat jamin dan syarat tidak memasuki Kota Lama Baitumaqdis selama 60 hari.

Dalam insiden lain, polis Zionis menangkap pemuda Thaer Fasfous dan menginterogasi beliau selama beberapa jam sebelum menjatuhkan hukuman mengharamkan beliau memasuki Masjid al-Aqsa selama dua minggu.

Thaer dituduh mengganggu pendatang Yahudi yang menceroboh masuk dan berarak di Masjid al-Aqsa serta menjadi ahli sebuah “kumpulan pengganas”.

(PIC)

SHARE