3 penduduk Palestin cedera diserang pendatang Yahudi

RAMALLAH, 4 Ogos 2019 — Tiga penduduk Palestin cedera diserang oleh pendatang Yahudi berdekatan perkampungan Nabi Saleh di utara kota Ramallah, hari ini.

Gerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Halamish menyerang sebilangan penduduk Palestin dan membaling batu ke arah mereka. Susulan kejadian, tentera Zionis bergegas ke lokasi dan melindungi kumpulan penyerang terbabit.

Kejadian berlaku di atas sebidang tanah berdekatan jalan khusus untuk pendatang Yahudi, yang mana rejim Zionis cuba merampasnya baru-baru ini.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts