30 hilang tempat tinggal apabila tentera Zionis roboh rumah mereka di al-Quds

AL-QUDS, 1 Mac 2017 (MEMO) — Seramai 30 penduduk al-Quds kehilangan tempat tinggal apabila tentera penjajah Zionis meroboh dan memusnah bangunan dua tingkat yang menempatkan empat unit rumah milik keluarga Khalid Nimr Mahmoud di kejiranan Issawiya, al-Quds Timur, sekitar jam 4:30 pagi tadi atas alasan ianya dibina tanpa kebenaran.

Keluarga Khalid tidak mendapat sebarang amaran awal tentang perobohan tersebut dan mereka dipaksa keluar dari rumah serta tidak diberi kesempatan untuk menyelamatkan barangan.

Bangunan tersebut dibina sejak lebih 15 tahun lalu, dan pemiliknya masih dikenakan membayar denda sebanyak 75,000 shekel (RM90,315) kerana membina tanpa kebenaran. Pada tahun 2002, beliau telah dikenakan denda sebanyak 20,000 shekel (RM24,100) atas kes yang sama.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts