35 cedera, 11 diculik pada 1 Syawal

AL-KHALIL, 6 Julai 2016 (PIC) — Seramai 35 penduduk Palestin cedera apabila diserang oleh tentera Zionis di bandar Dura di selatan al-Khalil pagi tadi, hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.

Kenyataan Bulan Sabit Merah Palestin menyebut seramai lima orng dirawat akibat ditembak dengan peluru hidup, termasuk seorang mangsa dengan kecederaan parah di bahagian dada, dan 10 lagi ditembak dengan peluru getah. 20 orang yang lain mengalami sesak nafas.

Pertempuran tercetus apabila tentera penjajah menyerang masuk bandar Dura dan menggeledah rumah penduduk.

Awal pagi tadi, 11 penduduk Palestin diculik di sekitar Tebing Barat. Empat diculik di Ramallah, empat lagi di al-Bireh di utara al-Quds yang terjajah.

Seorang penduduk bandar Dura turut diculik, di samping tiga orang lain dari perkampungan Deir Abu Meshaal.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts