35 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 26 Mac 2019 — Pasukan polis Zionis mengiringi gerombolan 35 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Pasukan besar polis Zionis dikerah berkawal di perkarangan tapak suci umat Islam itu, sehinggalah para penceroboh beredar keluar melalui Pintu al-Silsila hampir empat jam kemudian.

Lebih ramai pendatang Yahudi dijangka menceroboh masuk selepas para jemaah menunaikan solat Zuhur.

Sementara itu, polis Zionis mengharamkan setiausaha pergerakan Fatah di Baitulmaqdis, Shadi Mutwar, memasuki kawasan Masjid al-Aqsa untuk tempoh selama satu minggu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts