AL-QUDS, 10 Ogos 2017 — Seorang pendatang Yahudi merempuh sekumpulan kanak-kanak Palestin dengan kenderaannya di Jalan al-‘Ein di bandar Silwan yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa petang tadi, mencederakan empat daripada mereka termasuk dua beradik.
Saksi mendakwa pendatang Yahudi tersebut sengaja merempuh kanak-kanak, sebelum memecut lari.
Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Hadassah.
(IMEMC, PIC)