4 pemuda Palestin dijatuhkan hukuman 2 kali penjara seumur hidup

NABLUS, 22 Jun 2016 (PIC) — Mahkamah tentera di Salem menjatuhkan hukuman dua kali penjara seumur hidup dengan tambahan 30 tahun lagi ke atas empat pemuda Palestin yang dituduh terlibat dalam insiden menembak pendatang Yahudi di Itamar pada bulan Oktober lalu.

Yahya al-Hajj Hamad, Amjad al-Alewi, Karam al-Masri, dan Sameer al-Khoussa masing-masing dijatuhkan hukuman selepas hakim memerintahkan keluarga mereka keluar dari kamar mahkamah.

Sementara itu perbicaraan ke atas tiga lagi suspek iaitu Ragheb Alewi, Zayd Amer, dan Bassam al-Sayed, di atas tuduhan yang sama akan diadakan pada bulan hadapan.

Dua pendatang Yahudi dari penempatan haram Nerya, Naama dan Eitam Henkin, mati ditembak dalam kenderaan mereka dalam kejadian di antara penempatan haram Itamar dan Elon Moreh di Nablus pada 1 Oktober 2015. Serangan tersebut telah mencetus keganasan pendatang Yahudi menyerang penduduk Palestin dan harta mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts