4 penduduk negara haram Zionis maut

GAZA, 6 Mei 2019 — Pasukan pejuang Palestin di Gaza terus melancarkan serangan balas ke atas keganasan tentera penjajah Zionis sejak pagi Sabtu lalu.

Laporan radio Zionis menyebut lebih 600 roket telah dilancarkan dari Gaza, di mana 400 daripadanya jatuh di kawasan lapang. Kenyataan tentera menyebut sistem pertahanan Iron Dome berjaya memintas 86% daripada roket-roket tersebut.

Sementera siaran televisyen “I 24 News” hari ini menyebut empat orang terbunuh selepas cedera terkena serpihan roket di kota Ashkelon, iaitu wilayah Palestin yang diduduki Zionis sejak tahun 1948. Pada malamnya, polis Zionis telah mengumumkan seorang Yahudi mati akibat kecederaan dalam serangan roket di kota Ashdod.

Hospital Barzilai di kota Ashkelon hari ini mengesahkan bahawa tiga orang terbunuh dan 131 yang lain tercedera sejak pagi Sabtu.

Berikut adalah senara mereka yang terbunuh:

  1. inchas Menachem Prezuazman, 21 – Ashdod.
  2. Moshe Feder, 68 – serangan mortar anti kereta kebal di Kfar Saba.
  3. Ziad Alhamamda – serangan ketika sedang bekerja di sebuah kilang di Ashkelon.
  4. Moshe Agadi, 58 – serangan awal pagi di Ashkelon.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts