RAMALLAH, 5 Ogos 2019 — Kira-kira 40 tahanan Palestin memutuskan untuk melancar mogok lapar secara terbuka dalam penjara Zionis mulai hari ini.

Kumpulan tahanan terbabit membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan ke atas mereka, serta memberi dukungan solidariti ke atas 29 tahanan yang telah memulakan mogok lapar sebelumnya.

Para tahanan telah mendesak pihak penjara Zionis menghentikan tindakan melanjutkan tempoh tahanan pentadbiran ke atas mereka sejak lebih sebulan lalu, namun tidak dihiraukan.

(PIC)

SHARE