425 pesakit buah pinggang Gaza terancam akibat kekurangan ubat

GAZA, 25 Sep 2018 — Seramai 425 pesakit buah pinggang di Gaza, termasuk kanak-kanak, berhadapan dengan risiko tinggi dan kronik akibat kekurangan ubat-ubatan dan masalah bekalan elektrik yang berterusan.

Ketua Jabatan Buah Pinggang di Hospital al-Shifa, Dr. Abdullah al-Qishawi, dalam kenyataan beliau menyebut bahawa kegagalan untuk membekalkan ubat yang diperlukan oleh pesakit kini mengancam nyawa mereka. Seramai 54 pesakit telahpun mengambil ubat untuk menjalani pembedahan pemindahan organ, namun berhadapan dengan risiko kerana ubat yang mereka perlukan kini kehabisan.

Masalah bekalan elektrik juga memberi kesan kepada mesin dialisis, sehingga ia tidak berfungsi dengan baik. Mesin-mesin tersebut juga sukar dibaik pulih kerana tidak mempunyai alat-alat ganti.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts