43 bangunan dimusnahkan atau dirampas dalam tempoh 2 minggu

BAITULMAQDIS, 22 Jun 2019 — Pejabat Hak Asasi Kemanusiaan PBB (OCHA) hari ini melaporkan bahawa rejim Zionis telah memusnahkan atau merampas 43 buah rumah serta struktur binaan milik penduduk Palestin dalam tempoh dua minggu dari 4 hingga 17 Jun, atas alasan tidak mempunyai permit pembinaan.

Tindakan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 54 penduduk Palestin kehilangan tempat berteduh, di samping memberi kesan kepada mata pencarian ramai yang lain. Sebanyak 32 bangunan terbabit terletak dalam Kawasan C yang dikawal penuh oleh tentera Zionis. Dalam komuniti Khirbet ar-Ras al Ahmar di Tubas yang terletak di sempadan zon latihan tentera Zionis, 11 struktur binaan telah dimusnahkan.

Sementara dalam zon latihan tentera di selatan al-Khalil, empat buah rumah komuniti Halaweh dan Khallet ed-Dabaa dimusnahkan.

Dua tangki simpanan air di perkampungan Tammun di Tubas turut dimusnahkan, kononnya kerana ia terletak berdekatan kawasan simpan alam semulajadi. Lebih 13,600 penduduk Palestin terganggu bekalan air susulan tindakan tersebut. Di kawasan yang sama, tentera Zionis menebang 390 batang pokok.

Laporan OCHA juga menyebut 12 insiden melibatkan pendatang Yahudi merosakkan harta dan membakar kebun milik penduduk Palestin.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts