48 tahanan Kashmir positif Covid-19

SRINAGAR, 15 Julai 2020 — Seramai 48 tahanan Kashmir dalam penjara kawalan India, kebanyakannya tahanan politik, disahkan positif Covid-19 semalam.

Selepas seorang aktivis pro-kemerdekaan Kashmir didapati positif dua hari lalu, semua tahanan dalam Penjara Daerah Anantnag mula menjalani ujian.

Antara mereka yang disahkan positif adalah seorang guru dan beberapa orang lagi yang dituduh memberi bantuan lojistik kepada pasukan militan.

Ahad lalu, sekatan pergerakan dikenakan semula di beberapa kawasan Srinagar.

Kashmir terbahagi kepada dua bahagian yang masing-masing dituntut oleh India dan Pakistan sejak tahun 1947. Sebahagian kecil wilayah Kashmir turut dituntut oleh China.

Beberapa kumpulan pejuang di Jamu dan Kashmir masih berterusan menentang penjajahan India, menuntut kemerdekaan atau penyatuan dengan negara Pakistan.

Pada 5 Ogos 2019, kerajaan India membatalkan Artikel 370 sekaligus memansuhkan kuasa autonomi wilayah majoriti penduduk Islam itu.

(Anadolu)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts