Israel Merancang Memindahkan Warganya di Iran Memasuki Palestin

NAZARETH , 16 Disember – Kementerian Penyerapan Imigran Israel telah mengumumkan rancangan pemetaan untuk mengalihkan seluruh orang Yahudi yang berada di Iran 20,000 ke Palestin yang dijajah.

Kementerian tersebut telah mengumpul data yang menyatakan bahawa jumlah orang Yahudi di Iran mencapai sekitar 20,000, dan kos untuk menetap di Palestin yang dijajahi sekitar 2.220.000 dolar, demikian laporan Radio Tentera Israel.

Kajian untuk memindahkan mereka sedang dijalankan oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Parlimen Knesset Israel.

Stesen radio tersebut juga memetik pandangan Ketua Jawatankuasa tersebut yang juga merupaakan ahli parti Likud, Danny Danon, yang mengatakan: “Kita amat memberi perhatian serius terhadap situasi orang-orang Yahudi yang menetap di Iran. Negara Israel wajib untuk membawa mereka keluar dari Iran itu dan membantu mengintegrasikan mereka. ”

Kerajaan Israel baru-baru ini meluluskan langkah untuk memindahkan 8,000 Falasha Yahudi Habsyah ke Palestin yang dijajah. (pic)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts