GAZA, 14 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini menculik lima penduduk Palestin berdekatan pagar sempadan di timur kota Khan Younis, di selatan wilayah Gaza yang terkepung.

Pasukan tentera Zionis yang berpengkalan di kawasan timbunan tanah di sempadan menangkap mangsa-mangsa ketika mereka mendekati pagar sempadan.

Tentera Zionis secara sengaja melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang mendekati kawasan pagar di sepanjang sempadan timur Gaza. Namun tentera Zionis juga kadang-kadang menangkap mereka.

(PIC, IMEMC)

SHARE