50 penjaga al-Aqsa masuk Bab al-Rahma

BAITULMAQDIS, 26 Feb 2019 — Kira-kira 50 penjaga Masjid al-Aqsa hari ini memasuki Bab al-Rahma sebagai membantah kempen penahanan dan pengusiran rakan-rakan mereka oleh polis penjajah Zionis.

Petang semalam, pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu mengarahkan Bab al-Rahma ditutup. Namun ia dibuka semula oleh para jemaah pagi tadi.

Polis Zionis menangkap ramai pegawai Majlis Wakaf dan penjaga Masjid al-Aqsa selepas dewan solat Bab al-Rahma dibuka Jumaat lalu. Antara tokoh yang diusir dan dilarang memasuki tapak suci umat Islam itu adalah Pengerusi Majlis Wakaf, Sheikh Abdul-Adheem Salhab, dan timbalannya, Najeh Bukairat.

Sementara itu, puluhan pelajar Palestin turut berkunjung ke dewan solat Bab al-Rahma selepas dibuka semula.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts