500 pendatang Yahudi serang perkampungan Palestin di Qalqilia

QALQILIA, 10 Jan 2018 — Gerombolan 500 pendatang Yahudi cuba menceroboh masuk dan menyerang perkampungan Jit dan Farata di timur Qalqilia.

Penduduk Palestin bagaimanapun berjaya menyekat dan menghalau mereka keluar, di mana tentera Zionis berkawal di laluan masuk ke Jit.

Pendatang Yahudi menyerang penduduk Palestin selepas insiden pembunuhan rabai Raziel Shevach di laluan masuk ke pos penempatan haram Havat Gilad di Nablus. Sementara itu tentera Zionis menjalankan kempen memburu penyerang secara besar-besaran di kota Nablus dan perkampungan sekitarnya.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts