Muhammad Deif, Komander sayap ketenteraan Hamas mengisytiharkan bahawa Palestin tidak akan berhenti berjuang sehinggalah Israel lenyap di muka bumi.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan, Deif juga berikrar untuk membebaskan kesemua tawanan Palestin di Israel. “Kami berjanji untuk membebaskan mereka dan mematahkan besi-besi penjara walau dihalang oleh tindakan penjajah,” katanya sempena 23 tahun penubuhan gerakan Islam tersebut.

Dalam kenyataan jujurnya kepada Israel, Deif mengatakan, “Anda akan lenyap dan kami akan memperoleh Palestin.  Bendera putih tidak akan dikibarkan selagi ada walau seorang pun umat Islam.”

Ahmed Ja’abri, seorang lagi komander Briged Izz al-Din al-Qassam, mengeluarkan kenyataannya sendiri dalam sebuah laman web pro-Hamas, “Sempena ulangtahun Operasi Cast Lead, kami katakan kepada musuh bahawa kami sentiasa sedia mengahadapi apa jua kekejaman baru Zionis.”

“Sebarang cubaan baru daripada pihak ini untuk memperdaya dan mengugut akan hanya membuat kami lebih bersemangat untuk meneruskan tentangan menghadapi sebarang pencerobohan dan jenayah Zionis.” Juga Sabtu lalu, seorang jurucakap Hamas mengingatkan bahawa gerakan itu sedang menilai kemungkinan gencatan senjata tetapi juga bersedia untuk menghadapi tentangan.

“Gencatan senjata sedang berlangsung sekarang. Ia akan menjadi kenyataan jika Israel menghentikan pencerobohan dan menamatkan sekatan yang dikenakan. Namun, jika mereka cuba melakukannya, kami akan bertindak balas, ” kata seorang jurucakap bertopeng Hamas yang mahu dikenali sebagai Abu Obeideh.

Dalam sebuah kenyataan akhbar dengan tiga pengawal Palestin yang kesemuanya bertopeng, gerakan tersebut menyatakan yang mereka bersedia menghadapi sebarang pencerobohan Israel dan memberi petunjuk kepada penggunaan sebuah senjata rahsia.

“Kami amat bersedia menghadapi sebarang penentangan dari Israel”, kata mereka. “Senjata kami mungkin sedikit berbanding Israel, tapi kami memilliki sesuatu yang mampu menggentarkan mereka,” ujar mereka tanpa mengulas lanjut.

Jumaat lalu, Mahmoud al-Zahar seorang pemimpin atasan Hamas menyatakan bahawa Hamas bersedia melaksanakan gencatan senjata jika Israel sedia mematuhinya.

“Kami komited untuk menghentikan penentangan selagi mana tiada penindasan dan keganasan dilakukan”, katanya (pic/haa)

SHARE