GAZA, 15 Apr 2018 — Laporan Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) berkenaan taraf kehidupan di Palestin sepanjang tahun 2017 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan lebih separuh daripada penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan.

Kemiskinan di Gaza pada kadar 53% adalah empat kali ganda lebih tinggi daripada penduduk di Tebing Barat, pada kadar 13.9%.

Manakala kadar keminiskinan tegar di Gaza adalah pada 33.8%.

Purata perbelanjaan bagi setiap keluarga dengan lima ahli di Gaza adalah $547, di mana 35.7% daripadanya adalah untuk makanan.

Dalam perkembangan berkaitan, sekitar 58,000 pekerja kerajaan di Gaza belum menerima gaji mereka untuk bulan Mac lalu, sungguhkan pekerja di Tebign Barat sudah menerimanya.

(PIC, PNN)

SHARE