BAITULMAQDIS, 8 Okt 2018 — Segerombolan 52 pendatang Yahudi yang diiring oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Dua pegawai tentera Zionis turut menceroboh masuk dengan berarak secara provokatif.

Sejak beberapa minggu lalu, lebih 2,000 pendatang Yahudi menceroboh masuk kompleks Masjid al-Aqsa. Provokasi para penceroboh menyebabkan kemarahan para jemaah sehingga mencetus pertelingkahan.

(PIC)

SHARE