AL-QUDS, 24 Okt 2017 — Pasukan polis Zionis mengiringi 54 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah dalam beberapa gerombolan berasingan pagi tadi.

Pencerobohan berlangsung selama lebih empat jam. Mereka berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsilah.

Pada masa yang sama polis Zionis merampas kad pengenalan beberapa orang jemaah, dan menyerah kad bewarna yang tertulis nama pintu di mana mereka masuk.

Seramai 432 orang Yahudi termasuk pelajar Talmud dan pegawai perisik menceroboh masuk al-Aqsa sepanjang minggu lalu.

SHARE