AL-QUDS, 12 Nov 2017 — Pasukan polis Zionis mengiringi 55 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Pasukan polis mengepung perkarangan tapak suci umat Islam itu dan berkawal di sekitar Mosulla al-Qibli, dewan solat utama di Masjid al-Aqsa.

Pendatang Yahudi dibenar melakukan perarakan ritual Talmud. Pada masa yang sama para jemaah yang ingin masuk melalui pintu-pintu utama disekat dan diperiksa secara rapi. Puluhan kad pengenalan jemaah dirampas sebelum mereka berjaya masuk.

(Sumber: PIC)

SHARE