6,000 keluarga pelarian Palestin yang terusir dari kem Yarmouk perlukan bantuan segera

DAMASKUS, 19 Jan 2016 (MEMO) — Sekitar 6,000 keluarga pelarian Palestin di kejiranan Qudsia di luar bandar Damaskus merayu supaya bantuan kemanusiaan digerakkan ke situ dengan segera.

Keluarga yang terusir dari kem pelarian Yarmouk di Damaskus itu telah berada di bawah sekatan tentera rejim Bashar sejak bulan Julai 2015.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Bertindak Untuk Pelarian Palestin di Syria menyebut keluarga terbabit kini berada dalam tragedi yang sangat mencengkam akibat sekatan tersebut. “Sekatan telah membawa kesan negatif dalam segala aspek kehidupan, termasuk rawatan kesihatan,” jelas kenyataan tersebut.

Kadar pengangguran di kalangan keluarga di Qudsia kini mencecah sehinggan 96%, dan mereka hampir kehabisan bekalan roti di samping ketiadaan alat pemanas dan ubat-ubatan asas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts