RAMALLAH, 10 Apr 2018 — Seramai 609 penduduk Palestin termasuk 95 kanak-kanak dan 13 wanita telah ditangkap sepanjang bulan Mac lalu, menjadikan jumlah tahanan Palestin dalam penjara Zionis seramai 6,500 orang.

Laporan bersama beberapa pertubuhan hak asasi Palestin menyebut seramai 62 wanita dan lapan kanak-kanak bawah umur, di samping 350 kanak-kanak lain, sedang dikurung dalam penjara-penjara Zionis.

Manakala seramai 500 orang ditahan di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan mahupun pertuduhan. Sebanyak 81 tahanan pentadbiran dikeluarkan sejak awal tahun ini.

Laporan tersebut turut mengungkap amalan pihak penjara mengenakan hukuman dan menjalankan siasatan dengan cara memukul dan menyiksa. Kurungan berseorangan dianggap sebagai hukuman paling berat.

(PIC)

SHARE