63 Terowong Gaza Dimusnahkan Sepanjang 2017

SINAI, 22 Dis 2017 — Tentera Mesir telah memusnahkan 63 terowong yang melintasi sempadan Gaza sepanjang tahun 2017.

Kenyataan tentera Mesir hari ini turut menyebut bahawa lebih 6,000 dari berbagai negara ditangkap sepanjang tempoh tersebut kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Akibat sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis dan Mesir, penduduk Gaza yang kini melebihi dua juta orang terpaksa bergantung kepada terowong bawah tanah untuk membawa masuk keperluan asas termasuk makanan, minyak dan ubat-ubatan.

Susulan rampasan kuasa pada tahun 2013, rejim tentera Mesir mula memusnahkan terowong-terowong tersebut, dengan alasan untuk menyekat aktiviti kumpulan militan.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts