AL-QUDS, 9 Ogos 2017 — Pasukan keselamatan khas serta polis Zionis mengepung perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi, sebelum mengiringi sekurang-kurangnya 66 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.
Polis menutup Pintu al-Maghareebah sejurus selepas gerombolan tersebut menceroboh masuk, yang kemudian berarak dan mencetus ketegangan dengan mengadakan syarahan tentang sejarah kuil Yahudi yang didakwa pernah berdiri di atas tapak suci itu.
(PIC)