BAITULMAQDIS, 31 Okt 2018 — Pasukan polis penjajah Zionis mengiringi puluhan Yahudi menceroboh masuk tapak suci Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharebah pagi tadi.

Dalam sesi di awal pagi, 50 pendatang Yahudi menceroboh masuk dan berarak di perkarangan tapak suci sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsilah. Sebahagian daripada mereka melakukan ritual Talmud berdekatan Pintu al-Rahma, sambil dikawal ketat oleh pasukan polis.

Sementara itu, seramai 12 pegawai perisikan dan tujuh anggota tentera Zionis turut menceroboh masuk.

(PIC)

SHARE