7 cedera dalam serangan udara tentera Zionis di Gaza

GAZA, 22 Mac 2019 — Sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin tercedara apabila pesawat dron tentera penjajah Zionis melancarkan serangan roket ke kawasan timur Rafah, di selatan Gaza, malam tadi.

Ketika kejadian, mangsa-mangsa sedang menyertai perhimpunan malam berdekatan kawasan pagar sempadan. Semua mereka dikejarkan ke hospital.

Laporan Quds News Network menyebut dua pemuda Gaza turut ditangkap oleh tentera Zionis selepas mereka melintas pagar sempadan.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts