NABLUS, 7 Nov 2018 — Sekurang-kurangnya tujuh orang pelajar Palestin cedera diserang oleh segerombolan pendatang Yahudi di Nablus, selatan Tebing Barat.

Pasukan tentera Zionis melindungi puluhan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Yitzhar mengepung kawasan sekolah menengah di perkampungan Uref, menghalang staf dan pelajar mengosongkan bangunan.

Mereka membaling batu ke dalam bilik darjah, mengganggu pelajar dan merosakkan bangunan sehingga mencetus pertempuran.

Pelajar-pelajar yang cedera dikejarkan ke Hospital Rafidia di kota Nablus, di mana salah seorang daripada mereka cedera di bahagian kepala. Pasukan perubatan turut merawat mangsa-mangsa lain di lapangan.

(PIC)

SHARE