RAMALLAH, 9 Ogos 2017 — Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengumumkan bahawa seramai 7,000 pekerja awam di Gaza dipaksa bersara awal dalam bulan ini.

Pengarah Bahagian Persaraan PA, Majed al-Helo berkata tindakan itu dibuat kerana mereka bekerja dalam kementerian-kementerian yang ditadbir oleh jawatankuasa yang dibentuk oleh Hamas di Gaza.

Pekerja terbabit selama ini menerima hanya 40 hingga 70% daripada gaji yang ditetapkan oleh PA.

Bilangan pekerja awam di Gaza adalah seramai 11,000 orang, di mana 95% daripada mereka bekerja di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

(PIC)

SHARE