AL-QUDS, 22 Okt 2017 — Segerombolan 74 pendatang Yahudi yang diiringi oleh pasukan keselamatan khas dan polis Zionis telah menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghreebah pagi tadi.

Para penceroboh berarak di perkarangan tapak suci umat ISlam itu sambil mendengar syarahan Talmud.

Mereka mencetus provokasi ke atas para jemaah dengan melakukan ritual Talmud sambil bernyanyi dan menari sebelum keluar melalui Pintu al-Silsila.

SHARE