8 penduduk Palestin termasuk peguam diculik

RAMALLAH, 18 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin, termasuk seorang peguam dan seorang kanak-kanak, dari Tebing Barat malam tadi.

Dua orang penduduk, Baha’ Mahmoud Issa, 23, dan Muad Abu Tarbush, diculik dari daerah Beit Lahm di selatan Tebing Barat. Di daerah al-Khalil pula, Sa’id Mohammad al-‘Allami diculik selepas tentera menggeledah rumahnya di bandar Beit Ummar.

Manakala di utara Tebing Barat, dua lagi penduduk diculik dari daerah Nablus iaitu Samed Abed al-Jabar Tamim dan peguam Muhammad Naaman Tamim. Tiga yang lain, Muhammad Ahmad Siyadneh, Omar Aqel, dan Ahmad Mousa al-Mughayyer, diculik dari Jenin.

Di Salfit, tentera Zionis menggeledah rumah-rumah di bandar az-Zawiya dan menculik Nour Amin Abu Laila selepas menginterogasi ahli-ahli keluarganya.

Lebih 5,440 penduduk Palestin kini merengkok dalam penjara-penjara Zionis.

(IMEMC, Maan, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts