83 keturunan Yahudi Ethiopia berhijrah ke negara haram Zionis

TEL AVIV, 6 Feb 2019 — Kumpulan pertama melibatkan 83 daripada 1,000 orang keturunan Yahudi dari Ethiopia yang dibenarkan berhijrah ke negara haram Zionis tiba di lapangan terbang Ben-Gurion malam semalam.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Penghijrahan dan Integrasi Zionis, Yoav Galant, serta delegasi Persekutuan Yahudi dari Chicago, Amerika.

Pada bulan Oktober lalu, rejim Zionis meluluskan permohonan 1,000 ahli komuniti Falash Mura di Ethiopia untuk berhijrah, atas alasan mempunyai anak atau saudara yang sudah menetap di negara haram itu.

Di bawah “Undang-Undang Kembali” Zionis, Falash Musa tidak mempunyai hak untuk menjadi penduduk negara haram Zionis kerana nenek moyang mereka telah bertukar agama menganut Kristian.

Bagaimanapun mereka diberi keistimewaan di bawah budi bicara Kementerian Dalam Negeri Zionis, kebanyakannya atas alasan untuk menyatukan semula keluarga. Mereka dipaksa bertukar kepada agama Yahudi sejurus tiba di Tel Aviv.

Lebih 7,000 Yahudi dari kota Addis Ababa dan Gondar di utara Ethiopia masih menunggu kelulusan untuk berhijrah.

(JPost)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts