AL-QUDS, 14 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis mengiringi seramai 88 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah dalam beberapa gerombolan berasingan pagi tadi.

Pendatang Yahudi berarak dan bersiar di perkarangan tapak suci umat Islam itu sambil melakukan ritual Talmud, sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsila.

Seramai tiga pegawai perisikan dan lapan pegawai polis Zionis turut serta dalam pencerobohan tersebut.

Mereka kemudian berkumpul di hadapan Pintu al-Silsila dan menari sambil bernyayi untuk membangkit provokasi terhadap para jemaah.

(Sumber: PIC)

SHARE